ANGGUKKAN KEPALA
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya,itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda.Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan
MENDEKATKAN BADAN
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya,dia adalah seorang lelaki yang menarik dan mampu menarik minat ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan
MERENUNG
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam ekerjaan,persahabatan atau percintaan
MENGGERAKKAN TANGAN DAN BADAN
Lelaki ini memberangsangkan,bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam.Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta,oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhannya.Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati
SUKA BERDIRI
Apabila bercakap,anda duduk dan dia berdiri.Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong.Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah
MEMADANG MATA
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang.Dia juga sentiasa memberi perhatian,berusaha menjaga hati semua orang,tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut
SENSITIF PADA JARAK
Bila bercakap dengan orang lain,lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu.Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka
MENIRU GERAK
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya.Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah
0 000Vanilla Coklat (s):
Catat Ulasan