Sememangnya , wanita ni memang amat sukar untuk difahamikerana mereka tidak suka untuk menyampaikan sesuatu secara terus-terang dan mereka inginkan seseorang lelaki faham akan dirinya . Yeah , that's right ! Jadi , setiap kata-kata seseorang wanita ni pasti ada rahsia yang tersembunyi di sebaliknya !Apa makna disebalik setiap patah kata yang terkeluwar dari mulut wanita ini ? Jom teliti.
|(1) FINE!- Adakah lelaki memahami apabila pasangan mereka menyatakan perkataan Fine! ? Kebiasaannya , para wanita yang meluahkan perkataan ini kerana mahu menghentikan perdebatan yang sedang berlaku . Sebaiknya, apabila mereka sudah mengeluarkan kata-kata ini , seharusnya lelaki perlu untuk memberikan ruang supaya mereka bertenang. Cuba elakkan daripada terus memberi tekanan kerana ia akan meningkatkan lagi pengaruh emosi mereka. Apabila sesuatu perbincangan dipengaruhi emosi pasti sukar untuk mencari jalan penyelesaian.
(2) 5 MINIT- Apabila wanita menyatakan mereka memerlukan masa 5 minit untuk bersiap , korang korang yang lelaki ni perlu bersedia untuk menunggu sekurang-kurangnya setengah jam . haha . Lelaki perlu memahami bahawa kecantikan adalah perkara utama untuk wanita , terutamanya apabila keluar bersama orang yang mereka sayang . So , harap bersabar lah menunggu kami-kami ni bersiap ye , cik abang {:
(3) TAKDA APA-APA- Apabila wanita menyatakan seperti ini , ia adalah petanda awal bahawa perang akan berlaku sekali lagi sekiranya masalah belum lagi dapat diselesaikan . So , lelaki seharusnya bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan memahami bagaimana cara untuk mengatasinya. Be gentle lah !
(4) SUKAHATILA! (nada sinis)- Apabila wanita menyatakan sukahatila , ia sebenarnya memberi maksud larangan terhadap lelaki untuk melakukan sesuatu perkara itu . Jangan lakukan perkara tersebut untuk menunjukkan bahawa anda berjaya memahami mereka . Hati-hati lah ya !
(5) WHATEVER!!- Dengan kata yang lebih mudah difahami adalah ia bermakana bahawa wanita tersebut menyatakan “SAYA BENCI AWAK!!”
(6) TAKPE , SAYA OK- Apabila wanita meluahkan kata-kata ini , ia bermakna mereka sedang memikirkan mengenai hubungan anda . Adakah hubungan tersebut mampu membawa kebahagian , mempunyai masa depan yang cerah , dan sebagainya. Anda seharusnya belajar untuk memahami mereka dan berusaha memberikan mereka keyakinan terhadap hubungan anda semula. Ada paham ? .
(7) Hmm .DAH AGAK DAH - Kenyataan ini biasanya menunjukkan bahawa kesalahan yang serupa dilakukan oleh seseorang lelaki untuk beberapa kali . Ia juga merupakan satu tanda bahawa mereka telah berasa bosan dengan sikap buruk anda. Haa siapa suruh ulang kesalahan yang sama kan ? Hambekk ! haha :)
Dah baca ? Harap comment ! {:
| SAMBIL MINUM COPY & MAKAN PASTA |
0 000Vanilla Coklat (s):
Catat Ulasan