Selasa, 22 Mei 2012

4 ketidaksempurnaan wanita yang disukai lelaki

95Loves♥
ciri wanita disukai lelaki

Setiap wanita didunia ini amat sukakan kecantikan. Apabila mereka merasakan bahawa mereka tidak cantik, pasti keyakinan diri mereka akan berkurang. Tetapi, ramai wanita yang tidak sedar bahawa ketidaksempurnaan mereka akan membuatkan mereka unik dan akan menjadi tarikan lelaki. Seharusnya, wanita tidak harus berasa rendah diri dengan ketidaksempurnaan yang mereka miliki. Ia adalah kerana ketidaksempurnaan mereka adalah perkara yang disukai lelaki.

(1) Berbadan gempal- Kebiasaannya wanita yang berbadan gempal ini akan kurangkeyakinan diri. Mereka akan merasakan disebabkan faktor fizikal mereka yang kurang menarik akan menyebabkan mereka tidak disukai lelaki. Tetapi tahukah anda bahawa sebahagian besar lelaki lebih cenderung untuk memilih wanita yang berbadan gempal berbanding daripada yang berbadan kurus. Ini adalah kerana terdapat ramai lelaki yang sememangnya gemar terhadap wanita yang berbadan gempal dan ia merupakan tarikan utama untuk mereka.

(2) Payudara kecil- Adalah suatu perkara yang agak mustahil sekiranya dinyatakan lelaki tidak suka melihat payudara yang besar. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan, kebanyakan lelaki asia terutamanya, tidak terlalu mengambil berat mengenainya. Mereka tidak kisah akan saiz payudara pasangan mereka. Selain daripada itu, ada juga sebahagian lelaki menyatakan wanita yang mempunyai payudara yang kecil adalah ciri wanita yang disukai mereka.

(3) Gigi jarang dihadapan- Gigi adalah merupakan aset penting untuk mencantikkan senyuman seseorang. Senyuman yang cantik pula adalah perkara yang sangat penting untuk wanita kerana ia merupakan tarikan utama terhadap mereka. Wanita yang mempunyai gigi jarang dihadapan juga perlu yakin dengan senyuman mereka. Ini kerana gigi anda yang jarang adalah perkara yang disukai lelaki. Bukan semua lelaki sukakan kesempurnaan. Ada juga lelaki yang memegang prinsip bahawa sekiranya fizikal seseorang wanita itu sempurna, ia bermakna tiada keunikan yang membuatkan mereka tertarik kepadanya.

(4) Tahi lalat dibahagian muka- Adakah benar tahi lalat di bahagian muka akan memburukkan lagi wajah anda? Ia sebenarnya tidak tepat sama sekali. Keunikan pada anda adalah perkara yang disukai lelaki. Tidak perlu anda berusaha untuk menjalani proses pembuangan tahi lalat kerana ia adalah merupakan tarikan dan identiti utama untuk diri anda. Tiada alasan mengapa anda perlu membuangnya.

0 000Vanilla Coklat (s):